Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, October 25, 2009

Majlis Persandingan Jebree Dengan Nurmasayu @ Mega Hotel, Miri Sarawak

Sekitar majlis persandingan Jebree Bin Haji Julaihi dengan Nurmasayu Binti Ahmad Termida di Imperial Ballroom (4th Floor) Mega Hotel Miri, Sarawak. Majlis diadakan pada hari Ahad, 26 Oktober 2009 bersamaan 6 Zulkaedah 1430 H, Jam 09:00 pagi.

Image Hosted by ImageShack.us

"Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai"

Image Hosted by ImageShack.us

"Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan"

Image Hosted by ImageShack.us

"Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai"

Image Hosted by ImageShack.us

"Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan"

Image Hosted by ImageShack.us

"Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya"

Image Hosted by ImageShack.us

"Si anak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai"

Image Hosted by ImageShack.us

"Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat"

Image Hosted by ImageShack.us

"Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu"

Image Hosted by ImageShack.us

"Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari"

Image Hosted by ImageShack.us

"Hadirin berpakaian serba indah
Meraikan majlis yang gilang gemilang
Bersanding sudah, bersantap pun sudah
Sila pengantin berangkat pulang

Saturday, October 24, 2009

Majlis Akad Nikah Antara Jebree Dengan Tunangannya Nurmasayu @ Miri, Sarawak

Sekitar majlis akad nikah my cousin Jebree Bin Haji Julaihi dangan gadis pilihan hatinya, Nurmasayu Binti Ahmad Termida. Majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan di Miri, Sarawak.
Kamek sik dapat datang, busy keja. Minta cuti, sik dapatlah pulak.Huhuhu... anyway, "Selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat".

Picture taken by my niece, Sera's.She send me the picture via skype.
Thank you, Girl...

Image Hosted by ImageShack.us

Happy Faces @ the “Majlis Akad Nikah”. Bapa penganti lelaki, Pak Su Hj. Julaihi, My cousin Samsiah with my sister Hjh.Salina. Dan ramai lagilah…Saja ler tu nak molah kamek jealous…Huhuhu….

"Masak mee wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati"

Image Hosted by ImageShack.us

"Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat"

Image Hosted by ImageShack.us

"Pokok pulai tidak berduri
di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar"

Image Hosted by ImageShack.us

"Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai di hati"

Image Hosted by ImageShack.us

Alhamdulilah. Dengan sekali lafaz mereka berdua sah menjadi suami isteri.

"Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jau"

Image Hosted by ImageShack.us

"Bauhulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin kenal"

Image Hosted by ImageShack.us

"Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keakhir hayat"

Image Hosted by ImageShack.us

"Dengarlah ini saya berpesan
Suami isteri, saya ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat mejadi bosan"

Saturday, October 10, 2009

Open House @ Reza's & Fatimah's Residence

After the wedding reception in Bandar Tun Razak, I and my sis straight away went to Kak Fatimah’s residence @ Bandar Utama for the Hari Raya open house.

Susah juga nak cari rumah dia ni, sampai sesat sesat I and my sister. Huhuhu…. Akhirnya tepat jam 3.00 petang sampai juga kami berdua ke destinasi yang dituju. Aku dah lapar ni. Tadi masa kenduri kawin tu I and my sister memang tak makan pun sebab nak simpan untuk open house ni ler. Hehehe…Berbaloi juga kan? Makanan yang dihidangkan memang sedap BEB! Yummy… Nyaman Ko!

My sister senorok sakan jumpa member member lama dia. Siap macam jejak kasih ler pulak. Gumbira sungguh mereka. My sister told me, this is the most happening hari raya ever in his life after all the bad things happened to her. OKlah tu! As long as you happy, I’m happy too. SELAMAT HARI RAYA SEMUA….Tetiba pulak…KwangKwangKwang…..

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Wedding Reception @ Bandar Tun Razak Cheras

My sis Hjh.Salina came early this morning from Miri just to attend her friend’s daughter wedding. I fetched her at KL central.

Kamek sik lah kenal orang ya tapi since my sis dah ajak untuk temankan nya, kamek ikut jaklah. Kamek bukan suka gilak pergi kenduri kendara tok. I prefer spending my weekend at home watching TV or reading a book.

Hehehe….kamek sampai tepat pada waktunya tapi huhuhu…sik ramai pun orang lagik. My sis dah rasa pelik. Bukan apa penyambut tetamu sik ada, dewan pun masih kosong cuma ada pekerja yang busy molah keja sidaknya.Keliru dan blurrrr seketika my sis and myself. But lucky 10 minutes later my sis friend arrived.

Kesian juak rupa kamek duak time ya. Hehehe….moral of the story, lain kali Iboh datang awal gilak bah.Biasalah orang Bandar bah, gago ngan kedirik pun….Hazabbbbb tul….

Image Hosted by ImageShack.us
My sis Hjh Salina
Image Hosted by ImageShack.us
Sis with her Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...