Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, October 25, 2009

Majlis Persandingan Jebree Dengan Nurmasayu @ Mega Hotel, Miri Sarawak

Sekitar majlis persandingan Jebree Bin Haji Julaihi dengan Nurmasayu Binti Ahmad Termida di Imperial Ballroom (4th Floor) Mega Hotel Miri, Sarawak. Majlis diadakan pada hari Ahad, 26 Oktober 2009 bersamaan 6 Zulkaedah 1430 H, Jam 09:00 pagi.

Image Hosted by ImageShack.us

"Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai"

Image Hosted by ImageShack.us

"Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan"

Image Hosted by ImageShack.us

"Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai"

Image Hosted by ImageShack.us

"Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan"

Image Hosted by ImageShack.us

"Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya"

Image Hosted by ImageShack.us

"Si anak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai"

Image Hosted by ImageShack.us

"Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat"

Image Hosted by ImageShack.us

"Rimbun semalu di jambu batu
Bangkit pelanduk terus berlalu
Kompang dipalu menyahut restu
Pengantin duduk tersenyum malu"

Image Hosted by ImageShack.us

"Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari"

Image Hosted by ImageShack.us

"Hadirin berpakaian serba indah
Meraikan majlis yang gilang gemilang
Bersanding sudah, bersantap pun sudah
Sila pengantin berangkat pulang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...